Kereta kebal berat Kereta kebal semasa Perang Dingin

Kereta kebal berat M103A2 Amerika Syarikat di muzium kereta kebal Bovington di United Kingdom

Kereta kebal berat seperti T-10 terus dibangunkan dan digunakan bersama kereta kebal serdahana sehingga 1960-an dan 1970-an, sehingga pembangunan peluru berpandu anti-kereta kebal dan meriam kereta kebal berkuasa menjadikan ia tidak berkesan di medan pertempuran dalam peranan yang dimainkan oleh mereka.

Gabungan kepala peledak HEAT yang besar, digabung dengan julat berkesan yang jauh berbanding meriam kereta kebal, dan dengan ketepatan tinggi bererti kereta kebal berat tidak lagi dapat berfungsi dalam bertembungan, atau peranan pelindung. Peluru berpandu anti kereta kebal mampu mengisi peranan ini sama baik.

Kereta kebal serdahana juga lemah pada peluru berpandu baru, tetapi dapat digunakan dalam bilangan lebih besar dan memiliki pergerakan medan tempur yang lebih tinggi. Tambahan lagi, nilai kereta kebal ringan bagi meninjau berkurangan dengan banyaknya oleh helikopter, sungguhpun banyak kereta kebal ringan masih digunakan.